Ya Allah... ana rase tahzan sangat malam ni..erm kesedihan yang tidak dapat dikongsi dgn sesiapa melaikan pa Mu.. Kate2 ibarat pedang..cukup lah setakat ini...sayonara...
Ya Allah berikanlah kesempatan dan ruang dalam hati hambamu ini untuk mencintaiMU..
Alhamdulllah lagu ini banyak menyedarkan diri ana betapa cinta Allah adalah cinta yang hakiki
Hanya sedikit peringatan dari ana..
"Seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua-dua ibu bapanya apabila dia sendiri mempunyai anak.Jangan sekali-kali mungkiri kasih kedua-dua ibu bapa yang telah tua,nanti anak-anak akan dewasa dengan memungkiri kasih kita.."
Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk kte bernafas.^^ Arini kuar ngan sahabat baik ana Fatimah.Rase tenang sang...
Seuntai Kata Untuk Dihayati..
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Surah Al-Anfal 8: Ayat 2)
Orang yang beriman akan sentiasa bersama orang yang benar-benar mentaati Allah. Mereka tidak akan suka untuk bersama dengan golongan yang menderhakai Allah, apatah lagi yang merendah-rendahkan agama. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar". (Surah at-Taubah: 119)
Mereka tidak akan bersama golongan yang bid'ah yang berfahaman dengan ideologi-ideologi baru atau ajaran sesat, apatah yang menghina agama mereka. Firman Allah SWT: "Dan sungguh Allah telah turunkan kepada kamu di dalam Al Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diengkari dan dipermain-mainkan, maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka bercakap perkara yang lain. Sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam (neraka) Jahannam". (Surah an-Nisa': 140)
Mereka juga tidak akan bersama dengan golongan yang jelas-jelas melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT. Jabir r.a. menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Ertinya: "Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada hidangan yang dihidangkan arak". Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim, dan beliau menganggapnya sohih mengikut syarat Imam Muslim dan diakui az-Zahabi.
0 comments:
Post a Comment