Pages

Friday, August 19, 2011

Hanya dengan MU..aku Tenang ^_^..♥ ♥ ♥ Allah!

Alhamdulillah..harini ana dh nk gerak blik klntan..Nikmat nyer duk umah..Baiti Jannati..^_^
Tambahan pula usrati wat makan n dpt bokak pose ngan sanak saudara beramai2..lgi la meriah..Uhibbu.

Dalam hidup ni xlari dari ujian..Manusia HIDUP bukan untuk cinta tapi untuk BERIBADAH..sementara BERIBADAH pula MEMERLUKAN cinta..cinta yang dalam kepada Tuhannya.cinta yang membuatkan dia HIDUP dan HIDUP LAGI..

Mendekati Allah itu lebih MUDAH daripada mendekati manusia..kerana mendekati Allah itu,Dia pasti menerima dan kita sekadar perlu melalui ujiannya..tatapi mendekati manusia,belum tentu dia menerima kita,sedangkan kita tetap perlu melalui ujiannya..=)



Monday, August 15, 2011

Tuhan Itu Dekat=)

Salam Ramadhan..
Alhamdulillah..arni ana rasa Tuhan itu dekat sangat..Setiap ujian ada kebaikannya...=)

Dr.Asri(MAZA) menyatakan di dalam artikelnya,"Demikian Allah itu senantiasa hampir dengan kita,mendengar dan memperkenankan doa kita.Sesiapa pun boleh sampai kepada-Nya.Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhanya.Siapa pun hamba itu.Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya.Apa pun sejarah buruk dan baiknya.Tuhan senantiasa mendengar lalu memustajabkan permohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya.Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba,bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya."

Hari-hari mendatang bakal menyaksikan ujian yang semakin berat dan sukar.Sebahagian drpd kesukaran itu ialah fitnah dunia,fitnah kehidupan,fitnah akhir zaman dan segala musibah yang mengejutkan .Walaupun begitu tanamkanlah keyakinan yang kuat di dalam diri bahawa sesungguhnya al-'usr(kepayahan)akan senantiasa diiringi oleh al-yusr(kesenangan).Itulah yang telah dijanjikan oleh Allah..

Allah menurunkan ujian untuk menjadi sebab kepada pengampunan kepada segala dosa sekali gus untuk meningkatkan darjat kita.Matlamat utama ujian-ujian itu ialah untuk memastikan sekalian hamba Allah yang beriman dapat mendekatkan diri kepada-Nya.Maka kita semua dapat pulang mengadap dan kembali ke pangkuan-Nya dalam keadaan Radhiyah Mardhiyah(redha-meredhai) dengan membawa hati yang bersih dan sejahtera.

Biarpun ujian yang hadir bertubi-tubi datang,bagi orang yang beriman mereka tidak pernah akan berputus asa dan kehilangan punca.Dugaan yang datang tidak akan menyebabkannya untuk lupa kepada Allah,Tuhan Yang Maha Esa,Tuhan Yang Menghidupka dan Mematikan.Dia akan senantiasa sedar bahawa Tuhan dekat dengannya dan senantiasa inginkan kebaikan untuknya.

Mohonlah dan teruslah mendekati Allah tidak kira waktu dan tempat terutamanya pada pertengahan malam.Dia tetap menanti rindu untuk meraikan kedatangan,penghijrahan,permohonan dan permintaan sekalian hamba-Nya dan berkenan menunaikan segala hajat mereka.

Itulah makna Allah dekat kepada hamba-hamba-Nya.Sekali-kali Allah tidak akan mensia-siakan taqarrub,doa dan hajat mereka walaupun tabiat hamba yang lemah itu sering membuat silap dan berulang kali juga akan memohon hajat yang sama.

Demikian juga Allah dekat dengan orang yang berbuat baik.Kebaikan akan mendekatkan diri kita kepada Allah.Allah sukakan kebaikan dan sukakan orang yang berbuat kebaikan.
Firman Allah:
".......sesungguhya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik,"(Al-A'raf 7:56)