Pages

Thursday, January 19, 2012

Rawatlah Hati^_^

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah hari ni ana dapat meluang sedikit mase ntk menulis,sekian lame xmenulis..InsyaALLAH mungkin ini penulisan ana yg terakhir.. limaza??lianna??.Hanya ana je yg mengetahuii..InsyaALLAH andai diberi kesempatan dan ada mase terluang ana menulis lgi...erm..ana xde lah nk luah sangat isi hati lam blog ni.. ana xnk ade mate2 yang tidak selesa gan penulisan ana ini..nauzubillah..xpe kerana sume itu dah tertulis lam diari muslimah ana sendiri..Jadinya tidak perlulah kita memberitahu orang lain kesusahan dan kesedihan kita melainkan kepada mereka yang dipercayai dapat membantu dengan buah fikiran dan nasihat kearah kebahagiaan.InsyaALLAH..Ye ana menulis blog ni pn..cz ana teringat kat sahabat baik ana..^^..Ya ALLAH npe ana rase sedih sngt.sedih sngat ermm..Moga setiap luka ditemui penawarnyer..^^

Mengingat,mengenang masa lalu dan kemudiannyer bersedih di atas kegagalan merupakan tindakan yang tidak bijak.Walau apapun dugaan melanda,berpeganglah pada prinsip."Hidup Mesti Diteruskan".Meskipun sudah berada di hujung usia,masa hadapan tetap harus dilukis dengan warna ceria dan cerah..Ceriakanlah diri ini...

Ungkapkanlah,"Wahai masa lalu,tenggelamlah bersama kegelapan semalam dan usah lagi muncul bersama siang hari ini.Andai kita menangis semalam,hentikanlah hari ini.Andai semalam kita dilukai,hari ini hentikanlah kesedihan itu.Usah tunggu esok kerana kita tidak tahu noktah usia di mana..Hargailah apa yang telah tersedia,kemudian berdoalah agar kita diberi usia untuk memburu impian yg tertunda.."Ye Impian" .Allah menjadikan kita untuk selalu mengingati-Nya dan meganugerahkan rezeki umur untuk kita senantiasa bersyukur...

Jadinyr,lupakanlah sahaja semua kebaikan kita,ingat kebaikan orang dan lupakanlah keburukan orang lain,tapi ingtlah keburukan kita.Inilah pesanan terbaik daripada Luqman Hakim untuk kita jadikan falsafah hidup mengecap bahgia.Ini kerana sepanjang usia kita mendambakan nikmat semua kebahagiaan.Apabila sudah dimiliki,usah dikotori.Ingatlah...ALLAH tidah memberi apa yang kita ingini tapi DIA memberi apa yang kita perlukan.Usia adalah pinjaman,maka hargailah hingga ke hujung noktah.

Akhir kalam..ana mohon maaf atas segalanya..baik sengaja atau xsengaja..kerana diri ini tidaklah sempurna..Waallahualm.=)