Pages

Friday, July 29, 2011

Kunci Kebahagiaan Adalah Solat=)

Kulihat kebahagiaan bukan milik orang
yang berharta banyak,melainkan kebahagiaan itu
hanyalah milik orang yang bertakwa..=)

Halaman pertama kebahagiaan dalam catatan buku harian,dan kegiatan kesihatan pertama dalam urutan kegiatan siang hari adalah solat subuh.Oleh sebab itu,mulai hari ini bukalah hari anda dengan solat subuh.

Dengan demikian,anda berada dalam perlindungan dan ikatan perjanjian dengan Allah Subhanahu waTa'ala.Anda juga berada dalam pemeliharaan dan penjelasan-Nya.Dia pasti menjaga anda dari segala yang tidak baik,lalu menunjukkan anda kepada setiap kebaikan,mengarahkan anda kepada setiap keutammaan,dan mencegah anda dari segala yang hina.

Sesungguhnya tidak berkah hari-hari yang tidak diawali dengan solat subuh,kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan menjadikan siang hari yang dinamik.

Sesungguhnya solat Subuh adalah melambangkan awal penerimaan dan ketaatan,kejayaan yang tercatat dalam buku; tanda kemenangan,kemuliaan dan keteguhan.Tahniah bagi setiap orang yang menunaikan solat Subuh dan beruntunglah mereka.Kesejukan hati hanya akan diperolehi oleh orang yang menunaikan solat Subuh kesengsaraan,penderitaan dan kecewaan hanyalah bagi orang yang melupakan solat Subuhnya.

Kalam bestari..
Bantahan yang tidak beralasan dan
memperdebatkan perkara2 yang remeh-temeh
akan mengeruhkan kejernihan dan
mencemarkan keindahan perjalanan hidup=)

Monday, July 25, 2011

-Umar Bin Khathab-


ƸӜƷ ƸӜƷ ƸӜƷ

Malam berlalu,tapi tak mampu ku pejamkan mata....
Dirundung rindu pada mereka,yang wajahnya mengingatkan syurga....
Wahai fajar terbitlah segera,agar sempat kukatakn pd mereka......
"Aku mencintai kalian kerana Allah •❤• (¯`v´¯)


Thursday, July 21, 2011

La TAhzan..:)

LA tahzan
latahzan2 Doa Ketika Sedih

La tahzan bermaksud jgn bersedih

Jgnlah menangis kalau tidak tercapai cita2.Bukankah Tuhan yg menentukannya.
Jgnlah menangis kerana cinta xberbalas,mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Jgnlah menangis jika gagal dlm peperiksaan,mugkin kita kurang membuat persediaan.
Jgnlah menangis walau wang hilang dijalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah membuat amal.

"Jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.Sesungguhnya yg berputus asa itu, adalah mereka yg kafir..surah yusuf ayat 87

Allah tdk akan meningglkan kita,walau seluruh menyisihkan kita.Dia menyuruh kita menyambung harapan kita kpdNya.Maka jgn berputus asa.Allah bersama kita.

Ketika Allah rindu pd hambanya,ia akan mengirimkan sebuah
hadiah istimewa melalui malaikat jibril yg isinya adalah ujian.
Dlm hadits qudsi Allah berfirman:" Pergilah kepada hambaKU, lalu
timpakanlah berbagai ujian padanya,kerana AKU ingin mendengar
rintihannya(HR Thabrani dari Abu Umamah)

Friday, July 15, 2011

Kesan Tarbiah Belajar Sesama Insan.

Bismillahirahmanirahim..

Ujian hidup ialah satu didikan langsung daripada Tuhan.InsyaALLAH kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini.Percayalah Allah mendidik kita melalui kesusahan,kesenangan,pujian mahupun cercaan.

Ujian begitu berat..YaALLAH sabarkanlah diri ini.Apabila bertemu kesusahan,Allah mendidik kita tentang sabar.Apabila kesenangan bertamu,Allah mengajar kita erti kesyukuran.Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud disebalik takdir-takdir Allah.Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji.Kebaikan dan keburukan hanya pada penilaian insan,tetapi disisi Allah,apa yang ditakdirkan-Nya pasti suatu kebaikan.

Carilah kebaikan itu.Janganlah mengeluh,apabila anda tidak berjaya seperti insan-insan lain.Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu..:) Sabar lah duhai hatiku.Jika kita terus mengeluh,kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu.Kita tidak akan meningkat lebih tinggi.Terimalah dengan pasrah,tetapi jangan sesekali mengalah.Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!

Jangan memberontak,asyik mempersoalkan mengapa? dan kenapa,justeru kita tidak akan dapat mengubah realiti.Bukankah takdir akan senantiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir..

Sebaik-baik jalan,terimalah seadanya.Ya,itu telah berlaku,ya itulah keadaanya...Tidak kira bagaimana keadaannya sekalipun kita tetap hamba Allah..Jangan cuba jadi "Tuhan" walaupun pada kehidupan anda sendiri...

Syukran.Nasihat dari seorang anak,suami,ayah dan dai...
waallahualm.=)

Thursday, July 14, 2011

Jangan Lari Drp Masalah

Manusia dan masalah ibarat saudara kembar.Tiada manusia yang hidup tanpa masalah.Cuma adakah dia mempamerkan masalahnya atau tidak.

Kebanyakan orang sukar hendak mengekalkan ketenangan apabila menghadapi masalah.Hal ini membuatkan manusia banyak mengambil jalan penyelesaian yang silap.Lebih buruk lagi,ada yang terlalu tertekan sehingga bertindak menamatkan nyawa sendiri.
Knp?

Sebab apabila ada masalah atau terbeban denganya,manusia tidak sabar biasanya akan mengambil satu sahaja penyelesaian..:melarikan diri daripada masalah.Adakah konsep ini benar.Ana pernah menghadapi masalh sedemikian....

Sahabat-Mencari Syurga Hati- ^_^

Jika Allah mahu ia berlaku,ia boleh berlaku dimana sahaja,dan jika Allah mahu memberi,Dia akan memberi kepada kita tanpa mengira masa dan ketika..Ingatan^_^

Hari ini ana jeles ngan sahabat ana sorang ni..Limaza? Cz ana xdapat bersama2 ngan diorang dalam mengikuti .......... Padahal kite orang dah jnji ntk masuk Itd samee2 atas dorongna cikgu sabariah.Di Itd banyak tarbiah yang akan kamu perolehi nati.InsyaALLAH.Kata cikgu ana itu.

Tapi sampai masa,hanya ana sorang je p daftar.Ya Allah sedihnyer..Hanya ana sorang je Allah pilih untuk berada di Itd.Bkn bertiga..Tapi ana faham 2 sume pilhan masing2.Sambil tersenyum pahit,ana berfikir,Hidup ini kalau tak gunakan iman dan akal mesti susah jadinya.Tup2 rashidah telah pilih untuk ambil stpm,katanya nk jadi ustazah^_^. sorang lg sahabata ana,Liyana dapat tawaran udm..kiteorang berpisah.tahzan2..

Selepas 3 tahun,alhamdulillah ana najah grad ngan baik.Sementara rashidah ke Upsi n Liyana terpilih sebagai nurse.Syukran kerana dikurniakn sahabt camni,walaupun kiteorang berpisah tapi dapai capai cita masing2..Gembira hati ana..Apa khabar apa gerangan dari bumi belahan seberang kami rindu suara kedamaian.

Sebenarnya ana jeles bkn ape,suati hari selepas solat isyak sambil berehat ana online..

Ana: salam.dah wat pe 2?
......: wasalm.baru balik dari surau.

Ya Allah memang ayat 2 yang membuat ana terasa n ingat persahabtan kiteorang..Dulu wat same2..Boleh dikatakn sume same2..Tapi sekarang Kerana suasana kat cini xmengizinkan ana lam mengkuti ....... .

Ya Allah ana rindu kat sahabat ana 2orang ni. Dialah sahabta ana di dunia n akhirat..Anugerah keagungan ILAHI,pembimbing,penentu,petunjuk jalan ke destinasi.Suburlah syurga dihati Insani.
Waallahulam..=)

Tuesday, July 5, 2011

^_^..

Syukur nikmat-nikmat yang tercurah untuk kita..Segala sesuatu memiliki keindahan,namun tidak setiap orang dapat melihatnya..:)

Monday, July 4, 2011

Ujian Hidup..:)

Bismillahirahmanirahim...

hari ini diuji lagi.. ana xfaham dengan kerenah manusia. sabar jelah..:)

Ketika hidupku terdengar
Mengaburi pedoman
KepadaNya akanku pergi
Untuk mencari bimbingan

Ku serahkan takdir ditanganNya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi.

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini.

Ku serahkan takdir ditanganNya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia dihati selalu memberikanku petunjuk
Apabila pemandangan sama
Biarpun hidup didunia
Ujian dan pancaroba
Mesti ada hikmat diakhirnya..:)











Saturday, July 2, 2011

Dunia Akhir Zaman..

Bismillahirahmanirahim.

Jika kemeja T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram,maka memakainya juga haram,katanya," (Menteri KDN)
Ana la afham=p

Alangkah bagusnya kalau polis juga ada kuasa tangkap lelaki Islam
berseluar pendek,perempuan tidak bertudung,berbaju ketat dan jarang,apatah lagi berskirt'pendek.
Bukankah sume itu HARAM..??


Doaku Buatmu..

"Ya Allah Ya Rahman,akhirilah hidup kami dengan Islam,
akhirilah hidup kami dengan membawa Iman,akhirilah
hidup kami dengan Husnul Khotimah dan janganlah kamu
akhiri hidup kami dengan Su'ul Khotimah..Sesungguhnya
Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu"

Friday, July 1, 2011

Benarkah Kita Sayang Ibu Bapa?

Apabila kita ditanya,apakah kita menyayangi kedua ibu bapa kita? Kita pasti nya akan menjawab,kita sayang pada mereka.Kita akan berkata begitu tanpa sedikit pun ragu-ragu.

Namun,secara kita tidak sedar,kehidupan kita jauh daripada mereka.Harta kita tidak kongsi dengan mereka.Kerana inginkan privasi,kita tinggalkan mereka.Sayang yang kita ungkapkan tadi,hanya sebatas bicara sahaja.Iyalah,siapa yang tidak sayangkan ibu bapa sendiri? Begitulah yang biasanya kedengaran.

Disini ana mengajak diri anda dan ana sendiri untuk berikan perhatian kepada ibu bapa kita.Selagi mereka masih wujud di depan mata,selagi mereka boleh kita hubungi walau kejauhan dimana-mana.Sebelum Allah tarik nyawa mereka dan menutup peluang untuk kita berbakti kepada mereka.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah," Adakah aku patut ikut berjihad?"Rasulullah bertanya." Apakah ibu bapamu masih hidup?" Orang itu menjawab"Ya."Rasulullah berkata." Lakukanla jihad untuk keuntungan mereka."(Riwayat al-bukhari)

Sememangnya,ibu bapa adalah jihad kita di jalan Allah.Ibu bapa sepatutnya menjadi mad'u( yg menerima dakwah) utama mereka.Sebahagian manusia ,berdakwah sakan dengan masyarakat luar,tetapi langsung tidak menjaga hubungan dengan kedua ibu bapa mereka.Sebab itu,jika kalian sedar, dakwah kita akan menjadi tumpul kerana hilangnya keberkatan daripada ibu bapa.

Ana sendiri merasakan pekerjaan yang ana lakukan setiap hari diterima baik walaupun banyak halangan2.Ini kerana ibu bapa ana redha dengan apa yang ana lakukan.Bahkan ana kira ,apa yang ana capai hari ini bukanlah penat jerih yang telah ana usahakan.Tetapi semuanya kerana doa yang telah ibu bapa ana panjatkan.Redha ibu bapa menjemput redha Allah kepada kita.Maka apa salahnya kita menyediakan sedikit ruang,untuk cita-citakan sesuatu buat mereka.Sekurang-kurangnya,kita telah berusaha membahagiakan mereka sebatas kudrat kita.

Jadi sekarang,apakah cia-cita kita untuk kedua ibu bapa kita yang tidak boleh diganti itu?
Bertindaklah bahagiakan mereka selagi mereka masih wujud di dunia ini..

Sebenarnya banyak ilmu yang akan kite perolehi daripda pembacaan.=p
waalahualam..:)