Pages

Tuesday, February 7, 2012

Sebaik-Baik Perkara Adalah Yang Pertengahan

Bismillahirahmanirahim..

Mustafa Mahmud pernah berkata: " Aku merasa bahagia kerana aku adalah seorang yang sederhana. Penampilanku sederhana,kesihatanku seimbang dan kehidupanku sederhana. Tetapi,keadaan ini banyak maknanya bagiku,aku terus termotivasi dan motivasi itu adalah kehidupan. Motivasi sejati dalam diri kita adalah kebebasan hidup yang hakiki. Itulah modal utama yang menciptakan dan meluruskan kebahagiaan kita.

Sesungguhnya aku berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk para pembaca budiman dengan sebaris kalimah ini,kalimah itu berbunyi : "Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala menganugerahi kehidupan yang sederhana dan memberikan sedikit dari segala sesuatu. Inilah doa yang baik dan mulia,demi Allah Yang Maha Besar.

Ibuku orang yang tidak mengerti apa itu falsafah. Akan tetapi dia memiliki naluri yang jernih yang membuatnya mampu memahami ungkapan di atas tanpa membacanya. Ibuku menamakan ungkapan di atas dengan kalimah al-sitru,ertinya sesuatu yang sedikit dari segala sesuatu namun berlimpah jika dlihat dari sudut roh".. ~ Marjan kedua~

Tapi dunia sekarang ana tengok kemewahan melibihi segala-galanyer. Nauzubillah..
Alhamdulilah ana di didik dalam keadaan sederhana..Syukur.^^. Moga kite sume tidak akan melupai nikmat yang Allah pinjam.. Tidak kah anda berfikir bagi tiap- tiap keadaan perkara yang anda tidak sukai akan memperlihatkan kepada anda perkara yang anda sukai kesudahanya.

Akhir kalam percayalah kepada Allah jika anda orang yang benar,berbahagialah menghadapi hari esok,jika anda bertaubat. Waallahualam^^

0 comments:

Post a Comment