Pages

Tuesday, February 7, 2012

Janganlah Anda Habiskan Waktu Anda Untuk Melayani Keinginan Nafsu.

Bismillahirahmanirahim..

Dalam menanggani berita bohong yang dilemparkan oleh kaum munafiq berkenaan diri Aisyah Ummul Mukminin Radhiyallahu'Anha yang dikenal dengan al-Hadits al-Ifki,Rasulullah Shallallahu'Alaihi wa Sallam bersabda kepada Aisyah Radhiallahu'anha .............
Maksud nya: Jika engkau merasa pernah berbuat dosa,mohonlah keampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya seorang hamba itu apabila mengakui dosanya,maka Allah akan menerima taubatnya."

Bayangkanlah ,bahawa anda telah memiliki apa yang anda impikan. Anda telah sampai kepada apa yang anda dambakan. Bagaimanapun,semua yang anda miliki tiba-tiba hilang dari anda begitu saja. Pada saat itu pasti anda akan menangis,mengeluh,menyesal sambil menggigit jari kerana menyesali apa yang hilang dari anda. Namun,apakah anda pernah memperlihatkan umur anda sebetulnya telah hilang bersama kesedihan anda tanpa anda sedari?

Sesungguhnya umur anda adalah permata yang sangat berharga sekali,tidak dapat dinilai dengan benda apapun. Umur ini pada hakikatnya berupa hembusan nafas,setiap hembusan nafas yang keluar dari anda selamanya tidak akan kembali lagi kepada anda. Hembusan nafas itu merupakan modal utama anda di dunia ini yang dengannyer anda dapat membeli apa yang anda sukai dari kesenangan syurga. Maka mengapa anda mempersia-siakan umur anda tanpa taubat yang sesungguhnya?

Pesanan pada diri n sahabat2 ada satu jalan menuju kebahagiaan,iaitu mengejar sesuatu yang tidak mungkin dapat dicapai.. Waallahualam^^

0 comments:

Post a Comment