Pages

Saturday, February 11, 2012

Anda Memperolehi Nikmat Yang Tidak Terhingga

Bismillahirahmanirahim..

Saudariku...! Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti akan ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti akan ada senyuman,setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti sirna,pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap oleh fajar keredhaan,segala masalah pasti ada jalan keluarnya,dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya anda akan diberi ganjaran pahala,jika anda seorang ibu. Anak-anakmu akan menjadi penyokong Islam,pelayan dan penolong agama ,jika anda mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. Mereka akan berdoa untuk anda di dalam sujud dan malam ibadah mereka. Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Memadailah bagi anda untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammad Shalallahu'Alaihi wa Sallam adalah seorang ibu yang menghadiahkan seorang pemimpin yang agung dan Rasul yang mulia kepada seluruh manusia.

Dan puteri Wahab
telah menghadiahkan
kepada umat manusia
"Tangan Putih'(Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam)
yang merangkul bahu semua manusia

Saudariku...!Sebenarnya anda mampu menjadi da'iyah(penyeru kebaikan) di kalangan perempuan di negeri anda.Serulah mereka dengan kalimah yang benar,nasihat yang baik dan penuh hikmah.Ajaklah mereka untuk berdialog dan berbincang. Tunjukkan kepada mereka sikap yang bersahabat. Selanjutnya bimbinglah mereka menuju risalah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulnya yang mulia. Sesungguhnya dengan perilaku yang soleh seorang wanita boleh melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah,berpidato,atau mengikuti pelajaran.

Tidak sedikit wanita selalu dikenang,kerana rasa malu,hijab,akhlaknya yang baik,baik kepada tetangga dan taat kepada suami menjadi rujukan dalam agama. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakan orang,dijadikan nasihat di majlis-majlis dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya.. ~petikan dr la tahzan~

Akhir kalam percayalah bahawa esok akan mekar puspa yang wangi,mengusir segala kesedihan dan menjadi pelipur lara.Waallahualam^^


0 comments:

Post a Comment