Pages

Monday, February 13, 2012

Mengapa Aku Disusahkan?

Bismillahirahmanirahim..

Hidup terasa payah? Hidup terasa sesak? Ada waktu kita rasa sedemikian. Kadangkala apa yang kita usahakan seakan tidak membuahkan hasil. Bahkan lebih teruk lagi,usaha kita menghala ke arah lain yang kelihatannya lebih memberikan keburukan kepada kita..

Kadangkala kita memandang ke langit dan menjerit,"Ya Allah,kenapa hidup aku begini?" Tertanya-tanya . Rasa seperti hendak menyalahkan-Nya. Kita percaya bahawa kehidupan kita tertakluk dalam takdir-Nya.
Mengapa aku disusahkan? Bemain-main dalam jiwa.
Namun hakikatnya,apakah benar kita disusahkan?
Atau hakikatnya kitalah yang menyusahkan diri kita sendiri?

Apakah betul bahawa kita telah mengamalkan Islam secara benar? Kadangkala Islam kita hanya pada solat dan puasa,tidak pada belajar dan kerja. Tidak pada rumah tangga dan pengurusan keluarga. Tidak pada kehidupan dan aturcaranya. Islam adalah sumber kedamaian dan kebahagiaan. Namun kita tidak bersungguh-sungguh mengambilnya separuh-separuh. Secebis-secebis. Sewaktu-sewaktu.
Itulah hakikatnya punca utama kesusahan kita.
"Dan jika Allah mengenakan(menimpakan) engkau dengan bahaya bencana,maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan,maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu (Al-An'am 6:17)

Memandang positif kesukaran

Ujian adalah tarbiah secara terus daripada Allah kepada kita. Janganlah memandang serong dengan kesusahan yang datang bertimpa. Pandanglah ia sebagai satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita. Pada saat kita ditimpa kesusahan yang mana tiada orang mampu menjadi tempat bergantung,kita hanya tinggal dua pilihan. Merapat kepada Allah atau memakin-Nya.
Biasanya manusia akan memilih untuk memaki-Nya.
Mengapa kita tidak memilih yang satu lagi?
Mungkin sahaja Allah hendak menyelamatkan kita daripada kenikmatan dunia yang menipu daya,hendak memberikan kita syurga di akhirat yang kekal abadi selama-lamanya kepada kita?
Siapakah yang pernah memandang sedemikian?

Kerana dosa kita juga

Kalau kita perhatikan dengan lebih teliti,kadangkala kesusahan yang menimpa kita adalah kerana dosa-dosa kita juga. Mungkin sahaja Allah tidak memudahkan urusan kehidupan kita kerana kita melakukan maksiat dan pengingkaran terhadap-Nya.

Sepatutnya,apabila kita sadar akan hal ini,perkara aulawiyat (utama) yang perlu kita lakukan dalam menyelesaikan masalah yang menimpa bukanlah terus pergi kepada permasalahan teknikal masalah itu. Apa kata kita terus bersimpuh dan bertaubat kepada Allah akan dosa yang telah kita lakukan? Sebenarnya ujian Allah adalah tanda kasih sayan-Nya.
Kerana dengan Dia menguji kita,kita sadar akan kesilapan kita kepada-Nya,lantas kita bertaubat,dan Allah membersihkan dosa kita.

Kalau Dia tidak menguji kita walaupun kita berdosa? Itu "istidraj"nama nya.
"Istidraj" adalah kenikmatan yang Allah berikan walaupun kita ingkar kepada-Nya,bukan untuk menandakan Dia tidak kisah akan dosa kita,tetapi menandakan bahawa Dia tidak lagi peduli dengan kita dan hendak membiarkan kita ke neraka. Maka apalah sangat nikmat dunia yang sedikit ini yang Dia berikan terlebih dahulu kepada kita,berbanding neraka-Nya yang sangat dashyat yang akan Dia berikan kepada kita di akhirat sana.. ~~Batu-Bata kehidupan~~

Sedikit pembacaan dari batu bata kehidupan..banyak lg sebab 2..tp takut antum sume xlarat nk bace..^^^^
Jadi bersabar lah anda sume jika ditimpa musibah atau kesusahan. Allah sentiasa memberikan yang terbaik.^____^
Kalau kita benar-benar hamba yang beriman kepada Allah kita akan mampu melihat betapa segala pemberian Allah kepada kita adalah pemberian yang terbaik.
Baik kesenangan,mahupun kesukaran. Semuanya terbaikk!!
Tinggal kita sahaja tidak belajar untuk bersyukur dalam erti syukur yang sebenarnya.
Kita sahaja yang suka bersangka buruk kepada Allah.
Sedangkan,yang mengetahui baik buruk untuk kita hanyalah Allah.
( Al-Baqarah 2:216) Rase2 sume tau maksud ayat ini.^^

Akhir kalam siapalah kita untuk menyalahkan-Nya ats apa Dia timpakan kepada kita? Hakikatnya ,diri sendirilah yang sepatutnya kita persalahkan.. (Asy-Syura 42:30)
Waallaualam




1 comments:

Admin said...

nice :D
Oia tadi jalan-jalan ketemu blog ini
http://superbnajihah.blogspot.com

Itu punya temanmu ya?
Baru putus cinta kayaknya,,hehe

Oke deh,makasih sebelumnya .. ^_^

Post a Comment