Pages

Friday, July 29, 2011

Kunci Kebahagiaan Adalah Solat=)

Kulihat kebahagiaan bukan milik orang
yang berharta banyak,melainkan kebahagiaan itu
hanyalah milik orang yang bertakwa..=)

Halaman pertama kebahagiaan dalam catatan buku harian,dan kegiatan kesihatan pertama dalam urutan kegiatan siang hari adalah solat subuh.Oleh sebab itu,mulai hari ini bukalah hari anda dengan solat subuh.

Dengan demikian,anda berada dalam perlindungan dan ikatan perjanjian dengan Allah Subhanahu waTa'ala.Anda juga berada dalam pemeliharaan dan penjelasan-Nya.Dia pasti menjaga anda dari segala yang tidak baik,lalu menunjukkan anda kepada setiap kebaikan,mengarahkan anda kepada setiap keutammaan,dan mencegah anda dari segala yang hina.

Sesungguhnya tidak berkah hari-hari yang tidak diawali dengan solat subuh,kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan menjadikan siang hari yang dinamik.

Sesungguhnya solat Subuh adalah melambangkan awal penerimaan dan ketaatan,kejayaan yang tercatat dalam buku; tanda kemenangan,kemuliaan dan keteguhan.Tahniah bagi setiap orang yang menunaikan solat Subuh dan beruntunglah mereka.Kesejukan hati hanya akan diperolehi oleh orang yang menunaikan solat Subuh kesengsaraan,penderitaan dan kecewaan hanyalah bagi orang yang melupakan solat Subuhnya.

Kalam bestari..
Bantahan yang tidak beralasan dan
memperdebatkan perkara2 yang remeh-temeh
akan mengeruhkan kejernihan dan
mencemarkan keindahan perjalanan hidup=)

0 comments:

Post a Comment