Pages

Friday, July 1, 2011

Benarkah Kita Sayang Ibu Bapa?

Apabila kita ditanya,apakah kita menyayangi kedua ibu bapa kita? Kita pasti nya akan menjawab,kita sayang pada mereka.Kita akan berkata begitu tanpa sedikit pun ragu-ragu.

Namun,secara kita tidak sedar,kehidupan kita jauh daripada mereka.Harta kita tidak kongsi dengan mereka.Kerana inginkan privasi,kita tinggalkan mereka.Sayang yang kita ungkapkan tadi,hanya sebatas bicara sahaja.Iyalah,siapa yang tidak sayangkan ibu bapa sendiri? Begitulah yang biasanya kedengaran.

Disini ana mengajak diri anda dan ana sendiri untuk berikan perhatian kepada ibu bapa kita.Selagi mereka masih wujud di depan mata,selagi mereka boleh kita hubungi walau kejauhan dimana-mana.Sebelum Allah tarik nyawa mereka dan menutup peluang untuk kita berbakti kepada mereka.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah," Adakah aku patut ikut berjihad?"Rasulullah bertanya." Apakah ibu bapamu masih hidup?" Orang itu menjawab"Ya."Rasulullah berkata." Lakukanla jihad untuk keuntungan mereka."(Riwayat al-bukhari)

Sememangnya,ibu bapa adalah jihad kita di jalan Allah.Ibu bapa sepatutnya menjadi mad'u( yg menerima dakwah) utama mereka.Sebahagian manusia ,berdakwah sakan dengan masyarakat luar,tetapi langsung tidak menjaga hubungan dengan kedua ibu bapa mereka.Sebab itu,jika kalian sedar, dakwah kita akan menjadi tumpul kerana hilangnya keberkatan daripada ibu bapa.

Ana sendiri merasakan pekerjaan yang ana lakukan setiap hari diterima baik walaupun banyak halangan2.Ini kerana ibu bapa ana redha dengan apa yang ana lakukan.Bahkan ana kira ,apa yang ana capai hari ini bukanlah penat jerih yang telah ana usahakan.Tetapi semuanya kerana doa yang telah ibu bapa ana panjatkan.Redha ibu bapa menjemput redha Allah kepada kita.Maka apa salahnya kita menyediakan sedikit ruang,untuk cita-citakan sesuatu buat mereka.Sekurang-kurangnya,kita telah berusaha membahagiakan mereka sebatas kudrat kita.

Jadi sekarang,apakah cia-cita kita untuk kedua ibu bapa kita yang tidak boleh diganti itu?
Bertindaklah bahagiakan mereka selagi mereka masih wujud di dunia ini..

Sebenarnya banyak ilmu yang akan kite perolehi daripda pembacaan.=p
waalahualam..:)


0 comments:

Post a Comment