Pages

Saturday, April 16, 2011

Rawatlah Hati Akibar Terpisah

Anda kehilangan? Dia pergi meninggalkan anda? Apakah anda sedang bersedih sekarang? Anda berasa hidup sudah tidak bererti sekarang? Anda sudah berada di jurang neraka ?Ahh.. mengapa terlalu cepat patah semangat?.. Inilah la sdikit pengalaman,perkongsian serta + pembacaan ana dari Cipta syurga hati...

Janganlah terlalu bersedih kerana setiap yang kita temui dan pernah bersama-sama kita,hujungya akan pergi juga.. teringat akan sahabat ana time belajar kat madrasah menengah (A) mArang Terengganu. Sahabat ana ni xsempat nak menduduki exam..Allah lebih menyayanyi dia. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yg solehah.. Al-Fatihah. Tidak perlu terlalu menangis apabila terpisah dengan seseorang biarpun dia amat kita sayang kerana pertemuan dan perpisahan tetap berlaku biar bagaimanapun kita cuba mengelaknya.Doakan dia bahagia di alamnya yang serba misteri itu.

Seandainya dia pergi di sebabkan kematian,redhalah atas pemergian itu. Buktikan kecintaan abadi anda dengan memanjatkan doa dan sedekah al-fatihah banyak-banyak buatnya,agar dia di alam sana mendapat manfaat daripada kasih sayang serta kecintaan abadi anda itu.Usah terlalu tangisi sebab kita juga tidak akan selamanya tinggal di bumi ini. Tiba masanya kita akan menyusul juga. Moga2 kita memperoleh syurga di sana nanti.

Andainya dia pergi akibat perpisahan cinta,biarkanlah sebab setiap orang berhak menentukan siapa yang mahu dicintainya dalam hidup. Erm.. andai kata ana ditempat itu,ana redha kerana Allah..Jika ada muslimah lain yang dipilih itu lebih baik, pilih la dia.. dalam hati tapi dibicarakan dgn baik..^_^ .Jangan pula kecewakan hati dia. Jika dia memilih orang lain,biarkanlah sebab kita juga berhak membuat pilihan. Ana perlu jaga hati ana untuk suami ana. Sekiranya ana dapat cinta lelaki itu tetapi Allah memurkainya dan ana kehilangan cinta Allah, adalah tidak bermakna hidup ana..:( Tidak perlu kita terlalu menyesali satu2 perpisahan sebab kita tidak pernah tahu apakah setiap pertemuan itu baik buat kita, atau sebenanya perpisahan lebih bermakna untuk kita,demi kebaikan kehidupan kita di dunia juga akhirat.. Ya ALLAH, la tahzan dan tidak perlu terlalu menangis apabila terpisah dengan seseorang biarpun dia amat kita sayang,kerana pertemuan dan perpisahan tetap berlaku biar bagaimanapun kita cuba mengelakkannya.

Sesakit mana anda terpaksa berpisah dengan orang yang anda kasihi itu,tentulah tidak sesakit perpisahan antara anak dengan ibu. Kata orang,kasih abadi adalah kasih ibu terhadap anak. Kasih antara suami isteri boleh beralih arah setelah masing2 ketandusan minat,begitu juga percintaan antara kekasih muda terpisah apabila masing2 jadi pendusta, mitak2 ana dijauhkan dari sifat itu.. tetapi kasih sayang seorang ibu terhadap anak cukup agung dan abadi..

Bila kurasakan tiadanya hidup ternyata hanya kasih sayang-Mu yang mampu membimbing tanganku..Takbir Allahuakhbar..")


0 comments:

Post a Comment