Pages

Monday, August 15, 2011

Tuhan Itu Dekat=)

Salam Ramadhan..
Alhamdulillah..arni ana rasa Tuhan itu dekat sangat..Setiap ujian ada kebaikannya...=)

Dr.Asri(MAZA) menyatakan di dalam artikelnya,"Demikian Allah itu senantiasa hampir dengan kita,mendengar dan memperkenankan doa kita.Sesiapa pun boleh sampai kepada-Nya.Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhanya.Siapa pun hamba itu.Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya.Apa pun sejarah buruk dan baiknya.Tuhan senantiasa mendengar lalu memustajabkan permohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya.Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba,bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya."

Hari-hari mendatang bakal menyaksikan ujian yang semakin berat dan sukar.Sebahagian drpd kesukaran itu ialah fitnah dunia,fitnah kehidupan,fitnah akhir zaman dan segala musibah yang mengejutkan .Walaupun begitu tanamkanlah keyakinan yang kuat di dalam diri bahawa sesungguhnya al-'usr(kepayahan)akan senantiasa diiringi oleh al-yusr(kesenangan).Itulah yang telah dijanjikan oleh Allah..

Allah menurunkan ujian untuk menjadi sebab kepada pengampunan kepada segala dosa sekali gus untuk meningkatkan darjat kita.Matlamat utama ujian-ujian itu ialah untuk memastikan sekalian hamba Allah yang beriman dapat mendekatkan diri kepada-Nya.Maka kita semua dapat pulang mengadap dan kembali ke pangkuan-Nya dalam keadaan Radhiyah Mardhiyah(redha-meredhai) dengan membawa hati yang bersih dan sejahtera.

Biarpun ujian yang hadir bertubi-tubi datang,bagi orang yang beriman mereka tidak pernah akan berputus asa dan kehilangan punca.Dugaan yang datang tidak akan menyebabkannya untuk lupa kepada Allah,Tuhan Yang Maha Esa,Tuhan Yang Menghidupka dan Mematikan.Dia akan senantiasa sedar bahawa Tuhan dekat dengannya dan senantiasa inginkan kebaikan untuknya.

Mohonlah dan teruslah mendekati Allah tidak kira waktu dan tempat terutamanya pada pertengahan malam.Dia tetap menanti rindu untuk meraikan kedatangan,penghijrahan,permohonan dan permintaan sekalian hamba-Nya dan berkenan menunaikan segala hajat mereka.

Itulah makna Allah dekat kepada hamba-hamba-Nya.Sekali-kali Allah tidak akan mensia-siakan taqarrub,doa dan hajat mereka walaupun tabiat hamba yang lemah itu sering membuat silap dan berulang kali juga akan memohon hajat yang sama.

Demikian juga Allah dekat dengan orang yang berbuat baik.Kebaikan akan mendekatkan diri kita kepada Allah.Allah sukakan kebaikan dan sukakan orang yang berbuat kebaikan.
Firman Allah:
".......sesungguhya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik,"(Al-A'raf 7:56)

Friday, July 29, 2011

Kunci Kebahagiaan Adalah Solat=)

Kulihat kebahagiaan bukan milik orang
yang berharta banyak,melainkan kebahagiaan itu
hanyalah milik orang yang bertakwa..=)

Halaman pertama kebahagiaan dalam catatan buku harian,dan kegiatan kesihatan pertama dalam urutan kegiatan siang hari adalah solat subuh.Oleh sebab itu,mulai hari ini bukalah hari anda dengan solat subuh.

Dengan demikian,anda berada dalam perlindungan dan ikatan perjanjian dengan Allah Subhanahu waTa'ala.Anda juga berada dalam pemeliharaan dan penjelasan-Nya.Dia pasti menjaga anda dari segala yang tidak baik,lalu menunjukkan anda kepada setiap kebaikan,mengarahkan anda kepada setiap keutammaan,dan mencegah anda dari segala yang hina.

Sesungguhnya tidak berkah hari-hari yang tidak diawali dengan solat subuh,kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan menjadikan siang hari yang dinamik.

Sesungguhnya solat Subuh adalah melambangkan awal penerimaan dan ketaatan,kejayaan yang tercatat dalam buku; tanda kemenangan,kemuliaan dan keteguhan.Tahniah bagi setiap orang yang menunaikan solat Subuh dan beruntunglah mereka.Kesejukan hati hanya akan diperolehi oleh orang yang menunaikan solat Subuh kesengsaraan,penderitaan dan kecewaan hanyalah bagi orang yang melupakan solat Subuhnya.

Kalam bestari..
Bantahan yang tidak beralasan dan
memperdebatkan perkara2 yang remeh-temeh
akan mengeruhkan kejernihan dan
mencemarkan keindahan perjalanan hidup=)

Monday, July 25, 2011

-Umar Bin Khathab-


ƸӜƷ ƸӜƷ ƸӜƷ

Malam berlalu,tapi tak mampu ku pejamkan mata....
Dirundung rindu pada mereka,yang wajahnya mengingatkan syurga....
Wahai fajar terbitlah segera,agar sempat kukatakn pd mereka......
"Aku mencintai kalian kerana Allah •❤• (¯`v´¯)


Thursday, July 21, 2011

La TAhzan..:)

LA tahzan
latahzan2 Doa Ketika Sedih

La tahzan bermaksud jgn bersedih

Jgnlah menangis kalau tidak tercapai cita2.Bukankah Tuhan yg menentukannya.
Jgnlah menangis kerana cinta xberbalas,mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Jgnlah menangis jika gagal dlm peperiksaan,mugkin kita kurang membuat persediaan.
Jgnlah menangis walau wang hilang dijalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah membuat amal.

"Jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.Sesungguhnya yg berputus asa itu, adalah mereka yg kafir..surah yusuf ayat 87

Allah tdk akan meningglkan kita,walau seluruh menyisihkan kita.Dia menyuruh kita menyambung harapan kita kpdNya.Maka jgn berputus asa.Allah bersama kita.

Ketika Allah rindu pd hambanya,ia akan mengirimkan sebuah
hadiah istimewa melalui malaikat jibril yg isinya adalah ujian.
Dlm hadits qudsi Allah berfirman:" Pergilah kepada hambaKU, lalu
timpakanlah berbagai ujian padanya,kerana AKU ingin mendengar
rintihannya(HR Thabrani dari Abu Umamah)

Friday, July 15, 2011

Kesan Tarbiah Belajar Sesama Insan.

Bismillahirahmanirahim..

Ujian hidup ialah satu didikan langsung daripada Tuhan.InsyaALLAH kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini.Percayalah Allah mendidik kita melalui kesusahan,kesenangan,pujian mahupun cercaan.

Ujian begitu berat..YaALLAH sabarkanlah diri ini.Apabila bertemu kesusahan,Allah mendidik kita tentang sabar.Apabila kesenangan bertamu,Allah mengajar kita erti kesyukuran.Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud disebalik takdir-takdir Allah.Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji.Kebaikan dan keburukan hanya pada penilaian insan,tetapi disisi Allah,apa yang ditakdirkan-Nya pasti suatu kebaikan.

Carilah kebaikan itu.Janganlah mengeluh,apabila anda tidak berjaya seperti insan-insan lain.Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu..:) Sabar lah duhai hatiku.Jika kita terus mengeluh,kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu.Kita tidak akan meningkat lebih tinggi.Terimalah dengan pasrah,tetapi jangan sesekali mengalah.Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!

Jangan memberontak,asyik mempersoalkan mengapa? dan kenapa,justeru kita tidak akan dapat mengubah realiti.Bukankah takdir akan senantiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir..

Sebaik-baik jalan,terimalah seadanya.Ya,itu telah berlaku,ya itulah keadaanya...Tidak kira bagaimana keadaannya sekalipun kita tetap hamba Allah..Jangan cuba jadi "Tuhan" walaupun pada kehidupan anda sendiri...

Syukran.Nasihat dari seorang anak,suami,ayah dan dai...
waallahualm.=)

Thursday, July 14, 2011

Jangan Lari Drp Masalah

Manusia dan masalah ibarat saudara kembar.Tiada manusia yang hidup tanpa masalah.Cuma adakah dia mempamerkan masalahnya atau tidak.

Kebanyakan orang sukar hendak mengekalkan ketenangan apabila menghadapi masalah.Hal ini membuatkan manusia banyak mengambil jalan penyelesaian yang silap.Lebih buruk lagi,ada yang terlalu tertekan sehingga bertindak menamatkan nyawa sendiri.
Knp?

Sebab apabila ada masalah atau terbeban denganya,manusia tidak sabar biasanya akan mengambil satu sahaja penyelesaian..:melarikan diri daripada masalah.Adakah konsep ini benar.Ana pernah menghadapi masalh sedemikian....

Sahabat-Mencari Syurga Hati- ^_^

Jika Allah mahu ia berlaku,ia boleh berlaku dimana sahaja,dan jika Allah mahu memberi,Dia akan memberi kepada kita tanpa mengira masa dan ketika..Ingatan^_^

Hari ini ana jeles ngan sahabat ana sorang ni..Limaza? Cz ana xdapat bersama2 ngan diorang dalam mengikuti .......... Padahal kite orang dah jnji ntk masuk Itd samee2 atas dorongna cikgu sabariah.Di Itd banyak tarbiah yang akan kamu perolehi nati.InsyaALLAH.Kata cikgu ana itu.

Tapi sampai masa,hanya ana sorang je p daftar.Ya Allah sedihnyer..Hanya ana sorang je Allah pilih untuk berada di Itd.Bkn bertiga..Tapi ana faham 2 sume pilhan masing2.Sambil tersenyum pahit,ana berfikir,Hidup ini kalau tak gunakan iman dan akal mesti susah jadinya.Tup2 rashidah telah pilih untuk ambil stpm,katanya nk jadi ustazah^_^. sorang lg sahabata ana,Liyana dapat tawaran udm..kiteorang berpisah.tahzan2..

Selepas 3 tahun,alhamdulillah ana najah grad ngan baik.Sementara rashidah ke Upsi n Liyana terpilih sebagai nurse.Syukran kerana dikurniakn sahabt camni,walaupun kiteorang berpisah tapi dapai capai cita masing2..Gembira hati ana..Apa khabar apa gerangan dari bumi belahan seberang kami rindu suara kedamaian.

Sebenarnya ana jeles bkn ape,suati hari selepas solat isyak sambil berehat ana online..

Ana: salam.dah wat pe 2?
......: wasalm.baru balik dari surau.

Ya Allah memang ayat 2 yang membuat ana terasa n ingat persahabtan kiteorang..Dulu wat same2..Boleh dikatakn sume same2..Tapi sekarang Kerana suasana kat cini xmengizinkan ana lam mengkuti ....... .

Ya Allah ana rindu kat sahabat ana 2orang ni. Dialah sahabta ana di dunia n akhirat..Anugerah keagungan ILAHI,pembimbing,penentu,petunjuk jalan ke destinasi.Suburlah syurga dihati Insani.
Waallahulam..=)

Tuesday, July 5, 2011

^_^..

Syukur nikmat-nikmat yang tercurah untuk kita..Segala sesuatu memiliki keindahan,namun tidak setiap orang dapat melihatnya..:)

Monday, July 4, 2011

Ujian Hidup..:)

Bismillahirahmanirahim...

hari ini diuji lagi.. ana xfaham dengan kerenah manusia. sabar jelah..:)

Ketika hidupku terdengar
Mengaburi pedoman
KepadaNya akanku pergi
Untuk mencari bimbingan

Ku serahkan takdir ditanganNya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi.

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini.

Ku serahkan takdir ditanganNya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia dihati selalu memberikanku petunjuk
Apabila pemandangan sama
Biarpun hidup didunia
Ujian dan pancaroba
Mesti ada hikmat diakhirnya..:)











Saturday, July 2, 2011

Dunia Akhir Zaman..

Bismillahirahmanirahim.

Jika kemeja T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram,maka memakainya juga haram,katanya," (Menteri KDN)
Ana la afham=p

Alangkah bagusnya kalau polis juga ada kuasa tangkap lelaki Islam
berseluar pendek,perempuan tidak bertudung,berbaju ketat dan jarang,apatah lagi berskirt'pendek.
Bukankah sume itu HARAM..??


Doaku Buatmu..

"Ya Allah Ya Rahman,akhirilah hidup kami dengan Islam,
akhirilah hidup kami dengan membawa Iman,akhirilah
hidup kami dengan Husnul Khotimah dan janganlah kamu
akhiri hidup kami dengan Su'ul Khotimah..Sesungguhnya
Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu"

Friday, July 1, 2011

Benarkah Kita Sayang Ibu Bapa?

Apabila kita ditanya,apakah kita menyayangi kedua ibu bapa kita? Kita pasti nya akan menjawab,kita sayang pada mereka.Kita akan berkata begitu tanpa sedikit pun ragu-ragu.

Namun,secara kita tidak sedar,kehidupan kita jauh daripada mereka.Harta kita tidak kongsi dengan mereka.Kerana inginkan privasi,kita tinggalkan mereka.Sayang yang kita ungkapkan tadi,hanya sebatas bicara sahaja.Iyalah,siapa yang tidak sayangkan ibu bapa sendiri? Begitulah yang biasanya kedengaran.

Disini ana mengajak diri anda dan ana sendiri untuk berikan perhatian kepada ibu bapa kita.Selagi mereka masih wujud di depan mata,selagi mereka boleh kita hubungi walau kejauhan dimana-mana.Sebelum Allah tarik nyawa mereka dan menutup peluang untuk kita berbakti kepada mereka.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah," Adakah aku patut ikut berjihad?"Rasulullah bertanya." Apakah ibu bapamu masih hidup?" Orang itu menjawab"Ya."Rasulullah berkata." Lakukanla jihad untuk keuntungan mereka."(Riwayat al-bukhari)

Sememangnya,ibu bapa adalah jihad kita di jalan Allah.Ibu bapa sepatutnya menjadi mad'u( yg menerima dakwah) utama mereka.Sebahagian manusia ,berdakwah sakan dengan masyarakat luar,tetapi langsung tidak menjaga hubungan dengan kedua ibu bapa mereka.Sebab itu,jika kalian sedar, dakwah kita akan menjadi tumpul kerana hilangnya keberkatan daripada ibu bapa.

Ana sendiri merasakan pekerjaan yang ana lakukan setiap hari diterima baik walaupun banyak halangan2.Ini kerana ibu bapa ana redha dengan apa yang ana lakukan.Bahkan ana kira ,apa yang ana capai hari ini bukanlah penat jerih yang telah ana usahakan.Tetapi semuanya kerana doa yang telah ibu bapa ana panjatkan.Redha ibu bapa menjemput redha Allah kepada kita.Maka apa salahnya kita menyediakan sedikit ruang,untuk cita-citakan sesuatu buat mereka.Sekurang-kurangnya,kita telah berusaha membahagiakan mereka sebatas kudrat kita.

Jadi sekarang,apakah cia-cita kita untuk kedua ibu bapa kita yang tidak boleh diganti itu?
Bertindaklah bahagiakan mereka selagi mereka masih wujud di dunia ini..

Sebenarnya banyak ilmu yang akan kite perolehi daripda pembacaan.=p
waalahualam..:)


Thursday, June 30, 2011

Bintang..")

Sahabat2...
Kalau kita melihat bintang di langit,
Bintang mana yang menarik
perhatian?
Pasti yang paling cerah,indah dan
terang bukan?
Kerana itu sume orang hendak menjadi
bintang
Supaya bisa menarik perhatian sume
mata yang memandang
Dalam Al-Quran juga menjelaskan
bahawa manusia itu seperti bintang
Yang bertaburan di langit
Bukan yang seperti bintang dipentas @
di filem
ITU SUME BINTANG FILEM
kita mahu menjadi bintang di mata
Allah
Tapi bukan sume orang bisa mendapat
perhatiannya
Cume bintang yang mendapat perhatian,
rahmat dan redha-Nya
Bintang itu adalah musim terbaik
Jadi bagaiman kita bisa menjadi bintang
itu....
Ya cube kite sume fikirkan..:)


Bahtera Islam..")

Pagi yang indah,masuk lam bilik mak jap,cari buku..maklumlah boring kot..Ana xtau nk wat pe..tup2 jumpa lah buku yang dikarang oleh Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat..Best2..Bile ana baca banyak Ilmu yang diperolehi..rasa tenang sangat.. Alhamdulillah:)
Saje2 nk share,sebab teringat pasal perhimpunan minggu depan... same dengan apa yang dikarang leh tuan guru..

Salah satu tajuk ana tertarik.."Bahtera Islam".Tidak ada cara lain yang boleh membawa kita mengetahui tentang akhirat selain daripada cara Islam kerana Islam yang diutuskan khusus oleh Allah yang mengajar kita persoalan di alam kubur dan kebangkitan akhirat.Sebanyak mana intelektual bergelar profesor,doktor dan ahli falsafah di dunia ini, tidak seorang pun yang sudah sampai ke akhirat.Disebabkan dia tidak mengenal akhirat bagaimana keadaannya,tidak tahu apa yang berlaku di alam kubur,mana mungkin dia mampu memperincikan mengenai hal tersebut.

Lantaran itu apabila kita berpolitik,berpolitiklah mengikut cara Islam dan tubuhkan kerajaan secara islamik.Persoalannya,mampukah Islam dilaksanakan? Jawapanya boleh! Islam boleh! Disebabkan islam datangnya dari Allah,maka mustahil Dia akan menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya.Apa sahaja perintah-Nya yang diletakkan di atas bahu setiap hamba-Nya,menandakan hamba itu mampu dilakukannya.Cuma,akan ada halangan dan tentangan tertentu yang perlu dilalui sebelum berjaya.

Disebabkan adanya halangan dan tentangan tersebut,Islam menganjurkan umatnya supaya berjihad.Buat apa Islam ajar umatnya berjihad kalau setiap pekerjaan itu boleh dilaksanakan tanpa halangan dan mudah..
Firman Allah.
"Wahai orang2 yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu)dan bertakwalah kepada Allah,supaya kamu beruntung." ..surah Ali Imran ayat 200.

Kalau Islam semudah itu,apakah tujuan Allah mengajar hamba-Nya supaya berjihad?Apakah tujuan Allah berpesan kepada hambanya supaya bersabar?Apakah tjuan Allah mengajar hambanya melawan nafsu? Apa yang pasti,memartabatkan Islam bukanlah perkara yang mudah,malah digalangi dengan seribu satu kesusahan..

Oleh itu melalui ajaran-ajaran begini,kita dapat fahami bahawa Islam bukan ajaran yang remeh.Dalam keadaan jerih-payah,kita perlu berhempas pulas sehingga terpaksa mengorbankan harta benda dan nyawa,kita harus bersabar ketika melaksanakn kerja-kerja Allah..

Orang Melayu zaman dahulu taat melulu kepada sultan,dan sesiapa yang berani mencabar perintah sultan walaupun ia berunsurkan kezaliman akan terima padahnya.Maka timbullah cerita Hang Tuah yang begitu taat setia kepada rajanya,sedangkan Hang Jebat pula dikatakan menderhaka.Hari ini,tukarkan pola pemikiran kita seratus peratus kepada Hang Jebat dan Hang Tuah,kepada Hang Abu Bakar,Hang Umar,Hang Usman dan Hang Ali.Barulah kita layak digelar Muslim dan bukan sekadar Melayu mudah lupe..:)

Awlawiyyat-Dahulukan Yang Utama..

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah ana selamat sampai baiti..walaupun dah lewat malam+penat kot tapi rasa gembira sangat2 dapat jumpa usrati.:)

Awlawiyyat.Biasanya pelajar2 sekolah agama mengetahui makna ini secara umum.Satu kalimah arab yang membuahkan tiga perkataan melayu iaitu dahulukan yang utama,dan melaksanakan perkara yang penting terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang kurang penting dan tidak utama..Itu adalah satu konsep yang biasa kedengaran.

Betul ke ana wat keputusan ini..mudah-mudahan insyaALLAH..
Minggu ni budak2 opis wat program tapi ana xdapat ikut program 2..InsyaALLAH dilain mase..Tapi ana terasa juga n terharu..puas sahabat2 kat cini pujuk dan ade juga sahabat ana sorang ni sanggp nak bayar tiket..Erm..sebenarnya ana xfkir pasal tket pn tap usrati..maaf ye sume..
Bukan ape minggu depan n mnggu seterusnya mak ayah ana xde kat umah,bz ngan program diorang.nanti ana xdpt jmpe dah..Jadi ana wat keputusan awlawiyyat..:)

Kadang-kadang manusia rasakan dirinya tidak mampu untuk melakukan pelbagai perkara yang bermakna.Sedangkan sebenarnya,masalah utama'tiada masa' atau 'terlalu sibuk' yang manusia sering ungkapkan itu timbul kerana mereka tidak reti menyusun awlawiyyat(keutamaan) ini.

Teringat kata2 lam langit ilahi-Sungguh,bagi orang yang beriman,mereka akan memahami kehidupan. Mereka tahu bagaimana hendak mengisi hidup semaksimun mungkin untuk mendapat keredhaan Allah seterusya menggapai kebahagiaan... =)




Wednesday, June 29, 2011

Solusi Membersih Hati..~_^

Bismillahirahmanirahim..

Ketika wajah manis bertebaran di profil FB,
SubahnaAllah,begitu banyak komen pujian dari kaum Adam
Jamillah jiddan,
Manis y engkau ukhtti dll.
Ukhti Muslimah,
Banggakah dengan pujian itu?
Sesungguhnya Pujian itulah awal dr ujian,
Tidak takutkah kaum Adam terbyang 'dgn wajah manis"mu"?
Cukuplah kekasih "halal" yang menikmati keindahan yang kita miliki..:)

Pagi yang indah^_^..duduk sebentar,merenung dan berfikir.."Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat.Laksana anak-anak akhirat,melihat dunia dari jendela akhirat."Ana suke ayat ni..
Undur diri dulu..masa tidak mengizinkan..Jom tunaikan tanggugjawab yang dipinjam..")
Semoga Allah menmpahkan rahmat dan maghfirah-Nya kepada kita..=p
waalahualam..+_+

ujian.:)

Kehendak??Cinta??Keperluan??Cita2???Dhururiyah??Tahsiniyah??
Impian? Kefahaman?Kematangan?KeUntungan??KeREDHAan?
Persoalan atas nama CINTA......
...HATI takkan berPALING........

Sunday, June 26, 2011

Nota Hati..

Bismillahirahmanirahim..

Hal yang terindah dari wanita adalah,
Bukan saat ia tersenyum kerana bahagia tetapi saat butiran air mata terjatuh
dalam doa..
Bukan kerana kata yang indah,tetapi pada saat ia berdiam dalam berzikir,
Bukan kerana kecantikan yang mempesona tetapi kerana sujud dan rukuk yang tak terhenti,
Bukan kerana keelokan tubuh yang dipamerkan,melainkan kerana keteguhnya
dalam menjaga auratnya
Mereka adalah permata yang dirindu dan embun yang dinanti..
bahkan bidadari pun cemburu padanya..
Maka dari itu jagalah kehormatan mu dengan menutup aurat sebagaimana yang telah diperintahkan Allah SWT:)

Renungan..=)

Buat Kaum Hawa...calon isteri kpd Kaum Adam.

‎(¯`v´¯)♥Wahai Calon Istriku,Tegarlah diTengah Badai♥
`·.¸.·``(´'`v´'`)♥ ღ☆ღ,*ღ☆ღ*♥☆♥*ღ☆ღ*ღ☆ღ* ♥
...♥♥...♥`•.¸.•´
.¸.•´¸.•*♥ .:|:. ♥ .:|:. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.
♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Kepada calon istriku yang akan mengandung anak-anakku, mendidik mereka dengan tauhid dan akhlak seperti apa yang dicontohkan Rasulullah SAW dan para penerusnya yang tetap lurus menapaki jalan tauhid dan jihad. Surat ini kutuliskan untukmu agar engkau kelak tidak akan pernah kecewa dan sedih mendapatkan pasangan seperti aku yang penuh dengan kekurangan.

Calon istriku, aku tulis surat ini kepadamu agar engkau lebih mengerti jalan yang akan kita tempuh dan apa yang akan kita tuju sebagai makhluk yang dibebani oleh Allah yang Maha Perkasa di dunia yang tidak kekal ini. Agar kelak kita lebih siap untuk saling memahami, saling mengerti dan mensyukuri setiap apa yang sudah digariskan oleh Allah SWT kepada keluarga kita.

Calon istriku dan calon ibu dari anak-anakku, engkau mungkin sudah tahu jalan apa yang aku tempuh dan kehidupan seperti apa yang aku inginkan. Aku berharap engkau menjadi teman seperjalanan yang menyenangkan dalam dunia ini untuk tetap istiqamah di jalan para Rasul dan para pengikutnya. Selalu menjadikan seruan tauhid sebagai hal yang paling utama dalam hidup dan mengajarkan kepada manusia pentingnya kembali kepada rujukan utama Dien kita, Islam.

Mungkin nanti akan banyak cobaan, kesusahan dan penderitaan dalam mengarungi rumah tangga kita, sebagai manusia mungkin kita akan mengeluh, menangis dan bisa jadi mengutuki nasib. Namun yakinlah semua itu adalah cobaan untuk menjadikan kita manusia paripurna dan mendidik kita untuk tetap tegar di segala cuaca dan keadaan.

Allah berfirman: “Dan Sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar” (Qs Al-Baqarah 155).

....Aku selalu berusaha sekuat tenaga untuk menjadi yang terbaik dan memenuhi hak-hak sebagai suami. Maka bantulah aku mewujudkan itu walau hanya dengan senyummu...

Calon istriku, bila kelak aku belum bisa membahagiakanmu seperti layaknya para istri lain, maafkanlah aku. Namun aku selalu akan berusaha sekuat tenaga untuk menjadi yang terbaik, memberikan rezeki yang halal walaupun sedikit dan memenuhi hak-hak kepadamu sebagai seorang suami. Maka bantulah aku mewujudkan itu walau hanya dengan senyummu.

Calon istriku, bila suatu saat aku pergi jauh dan lama kembali, jagalah hartaku, belanjakanlah sebagian harta yang ada padamu di jalan Allah dan penuhilah hak-hak saudara seimanmu bila engkau sanggup untuk memenuhinya. Dan jagalah kehormatanku sebagai suamimu, bergaullah dengan para muslimah yang hatinya tertambat ke surga, yang menjaga pandangan di kala sendiri dan bersama orang lain agar aku tenang karena meninggalkan seorang wanita dan seorang ibu yang menjaga apa yang ditinggalkan suaminya.

Calon istriku, engkau tahu aku bukan orang yang sempurna dalam segala hal. Maka bantulah aku menyempurnakannya dengan nasihatmu, kritikanmu dan apa yang bisa menjadikan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya makin bertambah di setiap hari. Jadikan keluarga kita adalah keluarga yang siapa menerima masukan dari siapapun walaupun itu anak kecil. Karena kebenaran dikenali bukan dari siapa yang berbicara tapi apa yang disampaikan.

....Jadikan anak-anak kita kelak seperti singa, yang tak takut membela kebenaran dan selalu tegar di tengah badai...

Yang terakhir calon istriku, jadikan anak-anak kita kelak seperti singa, yang tak takut membela kebenaran, tidak menyerah dengan keadaan dan selalu tegar di tengah badai yang menerpa. Ajarkan kepada mereka menjadi manusia yang marah bila kebenaran dihinakan, ajarkan mereka melawan setiap penindasan kepada siapapun dan didiklah mereka untuk berani berkorban apa saja bahkan nyawa untuk kemuliaan Allah, rasul dan orang-orang beriman.

Mungkin aku terlalu banyak berharap kepadamu, menuntut dirimu dan meminta apa yang mungkin terlalu berat untukmu. Namun percayalah, aku sebagai suami akan berusaha menjadi pendamping yang baik, pendengar setia masukan dan nasihatmu, saling membantu untuk terus taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Suratku ini kutulis dengan segala kelemahanku, segala kekuranganku agar engkau mengerti dengan siapa engkau akan mengarungi hidup ini. Agar engkau tahu bahwa kehidupan rumah tangga tidak selalu madu dan susu. Agar engkau kelak juga tidak menjadi penghalang dalam menunaikan dakwah dan menjadi musuh pertama dalam mengendurkan semangatku untuk berjihad di jalan Allah SWT.

Sebelum kita bertemu sebagai sepasang suami-istri, mari kita selalu memanjatkan doa yang pernah dibaca oleh pahlawan yang menggetarkan takhta tiran, As-Syahid Sayyid Quthub:

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta jemu.

Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan surga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwahpada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Semoga Allah mengabulkan doaku dan doamu dan mempertemukan kita dalam naungan rahmat-Nya dan menjadikan kita pasukan yang setia kepada-Nya.

Dariku calon suamimu,




(¯`v´¯)♥ Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥ (¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`)♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
...♥♥..♥`•.¸.•´(¯`v´¯)(¯`v´¯)`•.¸.•´♥..♥♥...
(¯`v´¯)(¯`v´¯)`•.¸.•``•.¸.•(¯`v´¯)
`·.¸.·``(´'`v´'`) ♥(¯`v´¯) ♥(¯`v´¯)
..♥♥...♥.`•.¸.•´♥. .`·.¸.·`.♥`.·.¸.·`♥"Sang Pencari Cinta Sejati-Nya"♥
(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥:(¯`v´¯)♥
`·.¸.·`¸.´`·.¸.·`¸.´`·.¸.·`¸.``·.¸.·`¸.``·.¸.·`¸.``·.¸.·¸.´``·.¸.·",


♥ By: Khaura Al-Intifadhah ♥

Friday, June 24, 2011

Bicara Kata..=)

Sesungguhya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan..al-insyirah:6