Pages

Thursday, June 30, 2011

Bahtera Islam..")

Pagi yang indah,masuk lam bilik mak jap,cari buku..maklumlah boring kot..Ana xtau nk wat pe..tup2 jumpa lah buku yang dikarang oleh Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat..Best2..Bile ana baca banyak Ilmu yang diperolehi..rasa tenang sangat.. Alhamdulillah:)
Saje2 nk share,sebab teringat pasal perhimpunan minggu depan... same dengan apa yang dikarang leh tuan guru..

Salah satu tajuk ana tertarik.."Bahtera Islam".Tidak ada cara lain yang boleh membawa kita mengetahui tentang akhirat selain daripada cara Islam kerana Islam yang diutuskan khusus oleh Allah yang mengajar kita persoalan di alam kubur dan kebangkitan akhirat.Sebanyak mana intelektual bergelar profesor,doktor dan ahli falsafah di dunia ini, tidak seorang pun yang sudah sampai ke akhirat.Disebabkan dia tidak mengenal akhirat bagaimana keadaannya,tidak tahu apa yang berlaku di alam kubur,mana mungkin dia mampu memperincikan mengenai hal tersebut.

Lantaran itu apabila kita berpolitik,berpolitiklah mengikut cara Islam dan tubuhkan kerajaan secara islamik.Persoalannya,mampukah Islam dilaksanakan? Jawapanya boleh! Islam boleh! Disebabkan islam datangnya dari Allah,maka mustahil Dia akan menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya.Apa sahaja perintah-Nya yang diletakkan di atas bahu setiap hamba-Nya,menandakan hamba itu mampu dilakukannya.Cuma,akan ada halangan dan tentangan tertentu yang perlu dilalui sebelum berjaya.

Disebabkan adanya halangan dan tentangan tersebut,Islam menganjurkan umatnya supaya berjihad.Buat apa Islam ajar umatnya berjihad kalau setiap pekerjaan itu boleh dilaksanakan tanpa halangan dan mudah..
Firman Allah.
"Wahai orang2 yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu)dan bertakwalah kepada Allah,supaya kamu beruntung." ..surah Ali Imran ayat 200.

Kalau Islam semudah itu,apakah tujuan Allah mengajar hamba-Nya supaya berjihad?Apakah tujuan Allah berpesan kepada hambanya supaya bersabar?Apakah tjuan Allah mengajar hambanya melawan nafsu? Apa yang pasti,memartabatkan Islam bukanlah perkara yang mudah,malah digalangi dengan seribu satu kesusahan..

Oleh itu melalui ajaran-ajaran begini,kita dapat fahami bahawa Islam bukan ajaran yang remeh.Dalam keadaan jerih-payah,kita perlu berhempas pulas sehingga terpaksa mengorbankan harta benda dan nyawa,kita harus bersabar ketika melaksanakn kerja-kerja Allah..

Orang Melayu zaman dahulu taat melulu kepada sultan,dan sesiapa yang berani mencabar perintah sultan walaupun ia berunsurkan kezaliman akan terima padahnya.Maka timbullah cerita Hang Tuah yang begitu taat setia kepada rajanya,sedangkan Hang Jebat pula dikatakan menderhaka.Hari ini,tukarkan pola pemikiran kita seratus peratus kepada Hang Jebat dan Hang Tuah,kepada Hang Abu Bakar,Hang Umar,Hang Usman dan Hang Ali.Barulah kita layak digelar Muslim dan bukan sekadar Melayu mudah lupe..:)

0 comments:

Post a Comment