Pages

Thursday, June 9, 2011

Melangkaui usia matangkan diri..^_^

Bismillahirahmanirahim....

Ya ALLAH harini genaplah umur ana 22 thn..dah makin tua rase...Sanah Helwa syida..:) Syukran kat sahabat2 yg mngingati tarikh itu..rase cam dihargai sangat...teringat dalam buku "cipta syurga hati" yang pernah ana bace time stdy dlu2.. Matangkan diri lebih sepuluh tahun daripada usia anda yang sebenar.Dalam perkataan lain,selalulah berfikir seolah-olah mendahului masa,sepuluh tahun daripada tahun dimana anda berada kerana anda akan lebih bahgia dan berasa optimis dalam hidup.Orang yang memiliki hati syurag adalah mereka yang senantiasa yakin dengan masa depan.Meskipun dihimpit masalah,dia masih yakin dengan janji-janji TUHAN. Keyakinan ini membuahkan ketenangan..:)

Jika anda berumur 22 thn,berfikirlah seolah-olah kite ni telah berusia 32 thn,kelak tindakan akan jadi lebih bijak.Usah berfikir kurang daripada usia sebenar anda,kelak otak lembab dan lambat matangnya.Berfikir mengatasi usia sebenar juga membuatkan ana lebih sedar untuk menambah ibadat setiap masa.

Berfikir lebih daripada usia sebenar akan membesarkan kuasa gerak hati.Bukankah orang tua selalunya dirujuk pada hal-hal akan datang?Bukankah juga orang tua yang selalu dirujuk apabila hendak mendapat nasihat..contoh diri ana mstilah ibu bapa kite kn..Selalunya nasihat diorang lebih bernas,benar dan tepat..

Oleh itu rajin-rajinkanlah diri melakukan solat istkharah kerana ia membantu suara hati berbicara secara tepat..Ya ALLAH mnggu ni rase cam pening sngat..sebak+sesak+..sume ada..ana xtau nk mngadu kat sape.. hanya pada Mu ya ALLAH..xtau nk wat keputusan yang terbaik walaupun duaa2 nyer terbaik..Alhamdulillah ana dapat jawapan yang terbaik..Apabila didepani dua pilihan yang nampak sama baik,yang manakah lebih baik?? Jika kedua-duanya tidak salah diambil,maka ambil lah..tetapi bagaimana kalau pilihan hanya ada satu?..Maka disinilah perana gerak hati atau suara hati menjadi penting.Pilihan yang tepat bermakna senaglah hidup,manakala pilihan yang salah ibarat sengaja mengambil duri dibawa tidur,sedangkan kapas ada untuk dijadikan bantal dan selimut.

Selari dengan meningkatnya usia ana harini,seharusnya bertindak menjadi lebih sempurna...Solat sunat istikharah adalah solat sunat yang didirikan untuk petunjuk yang baik,apabila kita menghadapi dua pilihan,atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan.Oleh itu kita memohon kepada ALLAH menunjukkan kepada pilihan yang terbaik.

Bayangkan kalau solat ini dilakukan selalu,lalu seandainya diizinkan ALLAH untuk diberi keupayaan menilai jalan yang terbaik daripada dua atau banyak pilihan,bukan sahaja untuk keperluan diri bahkan juga orang lain,bukankah selayaknya diberi penghormatan sebab sudah selayaknya lah seorang tua dihormati..??...

Pemikiran yang lebih dewasa akan lebih cenderung untuk berbuat baik dan menambah ibadat.Biasanya begitulah..ckp kat diri ana jgk...Anda akan kaya idea,seterusnya berasa lapang penuh yakin,sebab jelas sedang melalui jalan yang betul menuju penyudah....

akhir kalam..wlaupun ape2 pn terjadi hadapilah ngan snyuman lianna usiamu dah tua syida..waallhulam..^_^ ..

0 comments:

Post a Comment