Pages

Monday, June 13, 2011

Angan-angan Membuahkan Natijah..

Kita selalu dengar bahawa angan-angan tidak akan membawa manusia itu kemana-mana.Keburukan angan-angan,digambarkan dalam cerita hikayat Melayu yang amat popular,Mat Jenin...Sebenarnya ana pernah terfikir betul ke, apabila kite berangan-angan ianya tidak akan tercapai??..La'....(tidak)

Kita perlu berangan-angan dulu,kemudian dari angan-angan baru muncul cita-cita,kemudian daripada cita-cita baru muncul perancangan,daripada perancangan baru datangnya usaha,daripada usaha baru adanya natijah.. kata-kata lam Langit Ilahi..

Sebenarnya banyak sangat angan-angan ana.. Tak terkira..~_^.Mungkin angan-angan manusia berbeza antara satu sama lain.. Ada yang nak jadi kaya, nak jadi penulis,nak jadi doktor n sebagainya.. Tapi angan-angan ana, Salah satunya, kalau boleh nak duduk sangat umah baru,umah yang lebih selesa dari sekarang..Bukan apa sedih je..Walaupun umah sebelum ini menyimpan seribu kenangan hasil peninggalan arwah.. Tengok umah orang lain jamilun semua..Bukan bermakna ana xbersyukur cume menyimpan sedikit angan-angan..Walaupun ana tau usrati tidak mampu..

Alhamdulillah..kini angan-angan itu tercapai..Hakikatnya dahulu ia hanya satu angan-angan sahaja..Hari ini,Allah telah menjadikan angan-angan satu realiti..Baiti Jannati..Berkat doa mak ayah n usrati..Syukur:)

Maka dalam usaha kita,jangan sesekali kita segan meminta kepada-Nya.Allah tidak akan mentertawakan kita walaupun angan-angan kalian agak mustahil kepada orang lain.Allah akan membantu kalian walaupun semua orang lain menyisih.Maka dekatilah Dia.Pada Allah,tiada apa yang mustahil.

Tuhan kamu berfirman," Berdoalah kamu kepada-Ku,nescaya akan aku perkenankan.....,"(Al-Ghafir 40:60)

Sesunggunya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu,hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu." Jadilah engkau" Maka ia terus menjadi.(Yasin 36:82)
Syukran...:)

0 comments:

Post a Comment